e-kariah mph

Masjid Putra Heights

Sistem e-Kariah Masjid Putra Heights disediakan bagi memudahkan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ahli kariah secara atas talian.

Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini bagi memudahkan pihak pentadbiran masjid membuat semakan.

 

SYARAT PENDAFTARAN AHLI KARIAH

1. Pemohon hendaklah menetap di kawasan kariah Masjid Putra Heights.

2. Pendaftaran ini adalah untuk rekod ahli kariah Masjid Putra Heights sahaja.

3. Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah benar, lengkap dan terkini.

4. Pihak pentadbiran masjid berhak membuat semakan dan pengesahan terhadap maklumat yang diberikan.

5. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang meragukan boleh ditolak atau diminta untuk dikemaskini semula.

6. Pendaftaran sebagai ahli kariah tidak secara automatik menjadikan pemohon sebagai ahli e-Khairat.

7. Ahli yang telah berdaftar sebagai ahli e-Khairat Masjid Putra Heights sebelum ini tidak perlu mengisi semula borang ahli kariah.

8. Bagi penduduk yang ingin mendaftar sebagai ahli kariah sahaja tanpa menyertai e-Khairat, sila lengkapkan borang pendaftaran kariah ini.

9. Kelulusan pendaftaran adalah tertakluk kepada semakan dan pengesahan pihak pentadbir Masjid Putra Heights.